Ilmu itu cahaya

Ilmu itu cahaya

Wednesday, 17 June 2015

melihat secara solat tarawikh di Makkah secara Stream

Pada Sesiapa yang terfikir hendak melihat Solat Tarawikh secara live di Makkah,

sila click pada link ini.

link ini akan membawa anda ke Website Hamariweb.com.

di web ini anda boleh terus melihat secara stream Makkah Live TV

FADHILAT SOLAT TERAWIH



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
Semoga segala amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin
sumber Jalan Akhirat

Ucapan Indah di bulan Ramadhan

Menjelang sahaja bulan suci Ramadhan, kita sering melihat akan kebiasaan masyarakat muslimin di Tanah Air sibuk mengucapkan salam Ramadhan kepada sanak sedara, keluarga, dan sahabat handai.
di sini admin nak share-kan akan ucapan yang berirama dan pantun ala karya sastera pada pembaca sekalian.



Berikut Ucapan Kata Kata Ramadhan Yang Baik dan Tepat:
Puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan.
Selamat Menunaikan Ibadah puasa.
Marhaban yang ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Lahir dan Bathin.
Fajar ramadhan segera menghampiri dunia,
selembar sutra menghapus noda,
sebening embun penyejuk kalbu,
sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci.
selamat menunaikan ibadah puasa 1436 H
semoga amal kita diterima disisi Alllah SWT..Amiiin…
Marhaban yaa Ramadhan,
pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan,
puasa Ramadhan kembali menjelang,
salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa.
MATAHARI BERDZIKIR,
ANGIN BERTASBIH DAN PEPOHONAN MEMUJI KEAGUNGAN-MU.
EMUA MENYAMBUT DATANGNYA MALAM SERIBU BULAN.
SELAMAT DATANG RAMADHAN, SELAMAT BERIBADAH PUASA.
MOHON MAAF LAHIR DAN BATHIN.
NAFAS PUN MENJADI TASBIH, TIDUR PUN MENJADI IBADAH, AMAL DI TERIMA DOA2 DIJABAH
BAGI ORANG YANG SHAUM RAJIN MEMBACA KITAB-NYA DI BULAN RAMADHAN
MARHABAN YA RAMADHAN, MAAF LAHIR DAN BATHIN, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA 2015
Gersang bumi tanpa hujan..
gersang akal tanpa ilmu,,
gersang hati tanpa iman..
gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan…
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin
Mari kita sama-sama sucikan hati,diri,dan jiwa kita.
Setulus Hati memohon keridhoan maaf
Marhaban Yaa Ramadhan……
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Thursday, 11 June 2015

Niat Puasa Ramadhan Sebulan

Jika kita takut akan terlupa,  Sebaik-baiknya bila sahaja kita tahu diumumkan saja esok berpuasa dan selesai solat sunat tarikwh terus niat puasa sebulan. Bila dah niat sebulan tetapi masih mahu niat puasa sehari-hari adalah dibaguskan.

Doa niat puasa di bulan Ramadhan adalah seperti dibawah. 

Doa Niat Puasa

Bacaan Doa Niat Puasa Ramadhan dalam perkataan rumi.

Nawaitu souma godhin an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi taaalaa 
Terjemahan Doa Niat Puasa Ramadhan 
Sengaja aku berpuasa pada esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan di tahun ini kerana Allah Taala
Semoga kita dapat memperolehi banyak fadhilat di bulan Ramadhan akan datang, Amin.

Puasa Ramadhan


Doa Berbuka Puasa

Kita dituntut untuk berbuka di awal waktu dan Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya adalah Pemimpin Yang Adil, Orang Berpuasa Ketika Berbuka PUasa dan
Orang yang Dianiaya. Allah mengakat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
Doa berbuka puasa

Niat Ganti Puasa

Niat Ganti Puasa
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 
Image result for smiley




Wednesday, 10 June 2015

Puasa Sunat, Makruh dan Haram

Kepada yang baru berjinak dengan puasa ISNIN dan KHAMIS bolehlah mula namun please take note pada 12 Zulhijah adalah hari yang diharamkan berpuasa.
Sesudah anda mengetahui ini bolehlah bermula dengan penuh istiqamah. Jika diamalkan bermakna kita berpuasa 4 bulan (1/3 tahun) dalam setahun. Insyallah mohon Allah jauhi sifat mazmumah dan diganti dengan sifat mahmudah agar setiap amalan kita mabrur, Amin.
Di antara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
Seperti puasa selama setahun
2. Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
4. Puasa pada bulan Muharram
Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
5. Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6. Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
Menghapuskan dosa setahun yang lalu
Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari
selepas.
Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut
dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya
hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada
segala dosa
Di antara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar dan sentiasa mengamalkan puasa Isnin dan Khamis)
Di antara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
Sumber Cikgu Mat
Fadhilat Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


sumber Darul Nu'man

Tuesday, 9 June 2015

Makanan berkualiti di bulan Ramadhan

Ramadan sering dinanti-nanti kerana pada waktu ini sahaja pelbagai jenis juadah yang sukar untuk didapati boleh dibeli. Dengan ratusan gerai yang ada terutamanya di bazar Ramadan, mata menjadi rambang dan tidak ketahuan untuk membuat pilihan. Jawabnya, habis bermacam-macam juadah dibeli sehingga berhabis puluhan ringgit.




Itu belum ditambah lagi dengan juadah yang dimasak sendiri di rumah. Setiap hari ada sahaja lauk-pauk istimewa yang ingin dihidangkan. Lebih menggerunkan, meja makan penuh dengan pelbagai jenis makanan yang semuanya dibeli dan disediakan mengikut nafsu. Ia belum tentu habis sebaliknya menyebabkan pembaziran. Bukan itu sahaja, yang paling penting ialah kesan pengambilan makanan yang tidak terkawal sepanjang bulan itu akan memberi implikasi negatif terhadap kesihatan tubuh.

Tiada salahnya untuk menikmati juadah yang sedap namun buatlah pilihan yang bijak. Sememangnya tubuh memerlukan makanan sebagai tenaga untuk terus berpuasa untuk keesokkan harinya. Bagaimana pun ada beberapa langkah yang boleh dipraktikkan agar semuanya berjalan dengan betul.


Contohnya ketika berbuka puasa, jangan habiskan kesemua juadah yang terhidang dalam satu masa sahaja. Ia mungkin boleh dibahagikan secara berperingkat dan sebagai permulaan, buka puasa dengan meminum air, kuih-muih dan juga buah-buahan. Biarkan perut berehat seketika sambil menunaikan solat Maghrib. Hanya selepas itu barulah perut dapat menerima makanan yang lebih berat.

Selain kuantiti, kualiti makanan yang diambil juga harus dipertimbangkan. Bagi memastikan tubuh cukup kuat untuk menjalani rutin harian, pastikan semua sumber karbohidrat (kanji), protein, lemak, vitamin, mineral dan air diambil dalam jumlah yang bersesuaian. Dengan adanya kesemua sumber ini, badan tidak akan berasa lemah bahkan bertenaga seperti hari-hari biasa.

Dalam bulan Ramadan ini, ada beberapa dikurang dan dilebihkan. Pertamanya ialah mengurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu yang boleh didapati daripada sumber haiwan seperti mentega dan keju.  Ini kerana lemak ini mempunyai kandungan kalesterol yang tinggi. Selain itu, kurangkan kuantiti penggunaan minyak terutamanya ketika menumis agar makanan yang dihasilkan lebih menyihatkan.

Seperti diketahui, makanan masin tidak bagus untuk kesihatan tubuh. Ketika berpuasa, elakkannya terutamanya ketika bersahur. Pengurangan pengambilan makanan masin bukan sahaja akan dapat mengelakkan penyakit bahkan kita tidak akan rasa terlalu dahaga ketika sedang berpuasa di pagi hari.

Satu lagi yang perlu dihindari ialah pengambilan makanan mahu pun minuman manis. Jika ini boleh dilakukan, ia amat bagus untuk kesihatan tubuh kerana dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit terutamanya kencing manis dan obesiti. Tidak menghairankan jika ini diamalkan, berat badan akan turun sepanjang Ramadan ini.

Dalam pada itu, ada juga makanan yang perlu dipertingkatkan pengambilannya iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakan buah-buahan tempatan seperti ciku, betik, pisang dan belimbing besi mengandungi lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan import seperti epal, pir mahu pun lai. Selain vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran turut menyumbangkan kandungan serat kepada tubuh.

Di bazar Ramadan, mata pasti tertarik dengan air pelbagai perisa dan warna. Bagaimana pun harus disedari semua itu tidak bagus sebaliknya kita disarankan untuk melebihkan meminum air putih. Begitu juga dengan minuman berkafein, ia sama sekali tidak digalakkan. Selain air putih, jus buah-buahan tanpa gula juga boleh dicuba sepanjang bulan puasa ini. Khasiatnya akan menyerap ke dalam tubuh dan menjadikan tubuh kembali bertenaga untuk melakukan kerja harian.


Dapatkan butiran lanjut dalam majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Jun di pasaran sekarang.

Sumber Sinar Harian 22 June 2012

AMALAN DAN NASEHAT DI BULAN SUCI RAMADHAN

AMALAN DAN NASEHAT DI BULAN SUCI RAMADHAN

Monday, 8 June 2015

Kesilapan Muslim yang kerap di bulan ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim

Dalam Bulan Ramadhan



Oleh

Zaharuddin  Abd Rahman

www.zaharuddin.net





Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.



Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.








8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-



ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.



إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Sekian



dari pada Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net